Bukan sahaja berbakat, Jennie BLACKPINK juga turut diminati ramai dek kecomelannya.
Baru-baru ini, BLACKPINK telah mengadakan konsert jelajah dunia di Hanoi, Vietnam dan dihadiri lebih 30,000 peminat pada hari pertama dan kedua.
Meskipun tampil cantik dan berseri seperti biasa, peminat nampaknya tidak dapat menafikan bahawa Jennie kelihatan lebih kurus dan cengkung dari sebelum ini.
Peminat pasti tahu kan bahawa wanita itu mempunyai pipi tembam atau dipanggil ‘mochi cheeks’, yang sering menjadi perhatian ramai? Namun kini, Jennie telah kehilangan berat badan dan juga lemak di bahagian pipinya.
Selepas melihat penampilan terkini penyanyi itu, netizen telah memberikan pelbagai reaksi dan menulis komen seperti,
Dia tetap nampak sangat cantik.
Saya secara peribadi lebih suka pipinya yang tembam.
Wajahnya nampak semakin menyerlah.
Jennie macam mana pun tetap cantik kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.