Ikuti Kami:

Kim Raewon Tolak Namgoong Min, Rating Awal ‘The First Responders 2’ Lebih Tinggi Dari ‘My Dearest’

Kim Raewon Tolak Namgoong Min, Rating Awal ‘The First Responders 2’ Lebih Tinggi Dari ‘My Dearest’

Nampaknya ada persaingan hebat dalam slot tayangan drama malam Jumaat dan Sabtu kini!

Bermula minggu ini, penonton disajikan dua drama dengan genre berbeza iaitu “My Dearest” dan “The First Responders 2” di mana ia ditrajui oleh dua pelakon hebat iaitu Namgoong Min dan Kim Rae-won.

Untuk “The First Responders 2”, cerita itu bersambung dari kes pembakaran bersiri yang hampir meragut nyawa Jin Ho-gae (Kim Rae-won) dan Bong Do-jin (Son Ho-jun) di penghujung musim lalu. Dalam pada itu, musim kali ini lebih menarik apabila ia turut menonjolkan kerja keras dilakukan oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan.

namgoong min ahn eunjin

Bagi “My Dearest” pula, ia membawa kisah Lee Jang-hyun (Namgoong Min) yang menyimpan perasaan buat Yoo Gil-chae (Ahn Eun-jin) meskipun wanita itu masih lagi mempunyai hati pada Nam Yeon-joon (Lee Hak-joo) yang sudah pun mengikat tali pertunangan dengan wanita lain.

Mula persaingan pada hari yang sama, drama lakonan Kim Rae-won sepertinya berjaya mengatasi naskhah diterajui Namgoong Min, mungkin kerana ramai yang menantikan sambungan kisah Jin Ho-gae. Untuk episod awal, “The First Responders 2” berjaya meraih rating sebanyak 7.1% dan 5.1% manakala “My Dearest” pula hanya mencatatkan angka 4.7% dan 4.3%.

Korang layan yang mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...