Ikuti Kami:

Drama Sejarah Pertama Lepas 10 Tahun, Namgoong Min Kongsi Sebab Perlu Tonton ‘My Dearest’

Drama Sejarah Pertama Lepas 10 Tahun, Namgoong Min Kongsi Sebab Perlu Tonton ‘My Dearest’

Selepas “One Dollar Lawyer”, Namgoong Min akan kembali menemui penonton dengan baru berjudul “My Dearest”!

Untuk pengetahuan, “My Dearest” ialah drama percintaan sejarah di Dinasti Joseon yang mengisahkan tentang seorang lelaki, yang telah mengisytiharkan bahawa dia tidak akan jatuh cinta namun, terpikat dengan seorang wanita yang mengimpikan cinta semula walaupun selepas dua perkahwinan yang gagal.

Terbaru dalam sesi temu bual, Namgoong Min berkongsi sebab dia memilih untuk terajui drama tersebut dengan menyatakan,

Setiap kali saya pilih projek baru, saya sentiasa akan ikut perasaan awal yang saya dapat apabila membaca skrip buat kali pertama. Bila saya baca skrip untuk ‘My Dearest’, ia sangat menyeronokkan.

Sambungnya lagi,

Walaupun ada perkataan dan frasa asing yang jarang kami gunakan dalam kehidupan seharian kerana ia drama bersejarah, skripnya masih mudah dibaca.

namgoong min my dearest

Kemudian, mengenai apa yang penonton harus fokus ketika menonton “My Dearest”, Namgoong Min menjelaskan,

Kami memberi banyak perhatian kepada ketepatan sejarah semasa penggambaran dan kami telah melakukan banyak usaha untuk mempamerkan perincian pakaian dan gaya kami. Selain itu, ramai orang telah melakukan yang terbaik untuk menjadikan adegan aksi yang terputus-putus menjadi dinamik dan realistik. Saya berharap penonton akan perhatikan elemen ini dengan teliti.

Sementara itu, “My Dearest” akan mula bersiaran pada 4 Ogos ini. Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...