Ikuti Kami:

Kim Mingyu Kongsi Pandangan Bila Digelar ‘Good Boy’

Kim Mingyu Kongsi Pandangan Bila Digelar ‘Good Boy’

Sering digelar lelaki yang baik, Kim Min-gyu mula rasa segan dan berkongsi lebih banyak mengenai perihal dirinya. Jarang-jarang ek Kim Min-gyu nak share perihal diri dia kan?

Terbaru, Kim Min-gyu tampil dalam sesi temu ramah bersama Cosmopolitan Korea dan berkongsi dengan lebih mendalam mengenai dirinya. Sewaktu sesi temu ramah, pihak Cosmopolitan Korea menyatakan bahawa dia meperlihatkan personaliti ‘good guy’. Namun, Kim Min-gyu berpendapat sebaliknya. Eh?

Kim Min-gyu berkata akan ada masanya dia punya ‘rebellious moments’. Katanya,

Saya lebih senang duduk di rumah. Jadi, bila saya memilih untuk keluar ke kafe atau lain-lain, saya merasakan bahawa itu adalah ‘rebellious moments’ saya. 

kim mingyuKim Min-gyu turut berkongsi bahawa dia kurang toleransi dengan minuman beralkohol. Dia menambah,

Kalau saya mahu keluar untuk minum sekalipun, saya hanya mampu bertahan dengan satu botol soju sahaja. 

Dia berkata, dia sering berada di rumah sahaja bersama ‘anak-anaknya’.

Saya suka berada di rumah bersama kucing-kucing saya. Kesemua kucing yang saya ada semuanya kucing jalanan yang saya selamatkan dan saya baru sahaja selamatkan kucing yang ketiga. Dia masih cuba menyesuaikan diri di rumah. 

kim mingyuLah, dah lah suka kucing, baik, jarang keluar rumah, memang sesuai lah gelaran ‘good boy’ dengan Kim Min-gyu kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...