Ikuti Kami:

“Dia Cantik” – Kim Mingyu Tunjuk Minat Pada Lee Mijoo Dalam ‘The Sixth Sense 3’

“Dia Cantik” – Kim Mingyu Tunjuk Minat Pada Lee Mijoo Dalam ‘The Sixth Sense 3’

Sepertinya cinta Lee Mi-joo terhadap tetamu lelaki “The Sixth Sense 3” akhirnya terbalas kini.

Untuk episod terbaru ini, pelawak Kim Ji-min dan pelakon Kim Min-gyu telah hadir sebagai tetamu. Terkenal kerana sering terpana melihat lelaki kacak, Lee Mi-joo tak melepaskan peluang untuk mencuba nasib bersama Kim Min-gyu.

kim mingyu lee mijoo

Malah idola itu berpura-pura bertanyakan soalan buat Kim Ji-min namun dalam masa yang sama matanya hanya tertancap pada wajah Kim Min-gyu. Usik Yoo Jae-suk,

Lee Mi-joo tak kisah mengenai Kim Ji-min. Sebab tu awak teruk. Awak ialah pelawak dari dunia idola.

Apabila Kim Min-gyu mengakui bahawa dia mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram dengan menjamah dada ayam sahaja untuk babak buka baju dalam “A Business Proposal”, Lee Mi-joo berterusan meluahkan rasa risaunya dengan berbisik di telinga Yoo Jae-suk,

Tak boleh. Awak akan pengsan. Mana boleh makan dada ayam sahaja.

kim mingyu lee mijoo

Kata pengacara itu,

Dia sentiasa begini setiap kali penggambaran. Lee Mi-joo berbisik pada saya yang dia akan hantar kad perkahwinan mereka.

Melihatkan Lee Mi-joo yang menunjukkan minat yang mendalam, tanya Yoo Jae-suk pada Kim Min-gyu,

Apa pendapat awak tentang Lee Mi-joo?

Jawab lelaki itu,

Dia seorang yang cantik.

Bahkan Lee Mi-joo sempat menolak keluar kesemua ahli lain bagi berdua-duaan di dalam bilik karaoke bersama karaoke.

kim mingyu lee mijoo

Bertambah bahagia apabila Kim Min-gyu memilik Lee Mi-joo sebagai ahli yang mahu dibawanya ke pulau tidak berpenghuni di antara kesemua wanita di dalam program itu.

Syoklah Lee Mi-joo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...