Ikuti Kami:

Kim Mingwi Disunting Dari ‘Nevertheless’ Dek Skandal Curang, Ramai Risau Babak Yang Hyeji Terjejas

Kim Mingwi Disunting Dari ‘Nevertheless’ Dek Skandal Curang, Ramai Risau Babak Yang Hyeji Terjejas

Selepas kontroversi curang Kim Min-gwi, pihak produksi “Nevertheless” membuat keputusan untuk menyunting sebanyak mungkin babak lelaki itu daripada episod akan datang.

Untuk pengetahuan semua, pelakon dan juga model itu muncul sebagai Nam Kyu-hyun, seorang pelajar kolej dan rakan sekelas Yoo Na-bi (Han So-hee). Watak itu mendapat perhatian ramai kerana konflik hubungan bersama kekasihnya, Oh Bit-na (Yang Hye-ji).jtbc neverthelessPandangan lelaki itu yang konservatif dan personaliti gadis itu yang terbuka membuatkan mereka sering mempunyai perselisihan faham pada saban episod. Malah babak mereka berdua juga kini semakin banyak memandangkan konflik berkenaan diminati penonton.

Disebabkan oleh berita babak Kim Min-gwi bakal disunting, rata-rata penonton meluahkan rasa marah kerana ianya secara tak langsung turut menjejaskan tempoh kemunculan Yang Hye-ji.yang hyeji neverthelessKomen penonton,

Bit-na tak buat apa kesalahan pun, kesiannya.

 

Oh Bit-na adalah mangsa sebenar dalam kes ini.

 

Tempoh kemunculan Yang Hye-ji pasti akan berkurang.

 

Mereka patut ambil teman lelaki baru untuk Oh Bit-na dan buang saja Nam Kyu-hyun. Saya hanya mahu melihat lebih banyak babak dia dengan orang lain.

Kesian Yang Hye-ji..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...