Ikuti Kami:

Akui Kesalahan Curang, JTBC Dedah Bakal Sunting Keluar Babak Kim Mingwi Dalam ‘Nevertheless’

Akui Kesalahan Curang, JTBC Dedah Bakal Sunting Keluar Babak Kim Mingwi Dalam ‘Nevertheless’

Baru-baru ini tersebar berita kurang enak mengenai model dan pelakon Kim Min-gwi.

Menurut pendedahan bekas kekasihnya, lelaki itu kerap kali curang dan meniduri wanita lain sepanjang mereka bercinta selama 6 tahun. Malah dia juga dikatakan telah melanggar peraturan kurantin semasa disahkan positif COVID-19 beberapa ketika lalu bagi meneruskan aktiviti tidak baiknya itu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan agensinya, mereka mengakui kesilapan Kim Min-gwi namun menolak khabar angin dia melanggar peraturan kuarantin.

Dia mengakui kesalahan tersebut dan memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan kelakuan dan keputusan tidak matangnya. Berkenaan tuduhan Kim Min-gwi melanggar peraturan kuarantin COVID-19, ia adalah tidak benar sama sekali. Kim Min-gwi diberitahu untuk kuarantin kendiri daripada 22 Mei dan semasa isolasi, dia mula mengalami simptom tidak normal dan terus menjalani ujian. Selepas disahkan positif, dia hanya memberi fokus kepada rawatan. Dia kini sudah sembuh sepenuhnya.

kim mingwi neverthelessModel ini juga turut memuat naik surat panjang di Instagram bagi memohon maaf mengenai kejadian tersebut. Walaubagaimanapun, netizen tetap memberikan reaksi negatif terhadapnya.

Disebabkan oleh itu, pihak JTBC memaklumkan bahawa mereka akan menyunting babak Kim Min-gwi sebanyak mungkin dalam drama “Nevertheless”.

Watak Kim Min-gwi akan dikurangkan bermula minggu ini (31 Julai). Kami akan menyunting babaknya sebanyak yang mungkin.

Hailahh nasib..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...