Ikuti Kami:

Kim Jongkook, KCM & Mirani Bakal Lancar Single Kolaborasi Julai Ini

Kim Jongkook, KCM & Mirani Bakal Lancar Single Kolaborasi Julai Ini

Kim Jong-kook bakal lancarkan lagu baru! Tapi adakah Kim Jong-kook bakal keluarkan lagu solo atau bakal bergandingan dengan mana-mana bakat hebat?

Musim panas kian menjengah kan namun ada satu berita yang lebih panas tapi pastinya mengujakan para peminat. Kim Jong-kook baru-baru ini dikhabarkan bakal bergandingan dengan suara-suara hebat untuk lagu terbaru.

Menurut agensi, Image9, bintang mereka iaitu KCM bakal bergandingan dengan Kim Jong-kook dan bakal mempamerkan hubungan ‘sunbae-hoobae’ mereka dalam kolaborasi kali ini. kim jongkookSejak dari awal debutnya, KCM sering diberi gelaran “The Next Kim Jong-kook” dek kerana susuk tubuh dan suaranya yang menyerupai Kim Jong-kook. Kini, gandingan bersama mereka berdua pastinya akan memberi impak berbeza.

Untuk kolaborasi ini, dikhabarkan lirik lagu tersebut bakal dihasilkan oleh Kim Jong-kook dan KCM sendiri. Malah, penyanyi rap wanita yang kian menempah nama dalam industri, Mirani juga dikhabarkan bakal menyertai kolaborasi tersebut.

Confirm letup weh kalau Kim Jong-kook, KCM dan Mirani bergabung kan?

Nantikan lagu mereka Julai ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...