Ikuti Kami:

Kim Jongkook & Ji Hyunwoo Bakal Jadi Pengacara Program Realiti Terbaru MBC

Kim Jongkook & Ji Hyunwoo Bakal Jadi Pengacara Program Realiti Terbaru MBC

Industri hiburan bakal dikejutkan lagi dengan program realiti terbaru yang bakal mengandingkan dua artis hebat dan berbakat, Kim Jong-kook dan Ji Hyun-woo! Menarik tak?

Perkara itu disahkan oleh penerbit Hwang Ji-young yang sebelum ini pernah menerbitkan program realiti “I Live Alone”, salah satu program hiburan terbesar yang paling menerima respons dari peminat. Kali ini, penerbit itu sekali lagi bakal menerbitkan program rancangan hiburan “Flying In The Wind” yang dikhabarkan bakal ditayangkan tahun ini.

Program rancangan hiburan ini akan memulakan rakaman mereka di luar negara dan  Kim Jong-kook serta gandingannya Ji Hyun-woo akan menjadi antara yang terawal untuk melakukan persiapan bagi rakaman tersebut sebagai pengacara.

kim jongkook ji hyunwoo

Program kali ini dijangka menjadi rancangan hiburan yang terbaru setelah program terakhir yang diarahkan oleh penerbit Hwang Ji-young,”I Live Alone” sejak 5 tahun lalu. Program “I Live Alone” itu berjaya meraih anugerah program hiburan di “Anugerah Hiburan MBC” pada 2017, 2018 dan 2019.

Untuk program rancangan hiburan kali ini, jangkaan terhadap kualiti dan pembawakkan konsep dilihat meningkat tambahan pula, kemunculan Kim Jong-kook dan Ji Hyun-woo sangat dinantikan penonton. Jadi, buat para peminat rancangan hiburan, korang jangan terlepas siaran ini nanti!

Apa pendapat korang untuk gandingan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...