Ikuti Kami:

Kim Jongkook Disahkan Positif COVID-19

Kim Jongkook Disahkan Positif COVID-19

Nampaknya seorang lagi selebriti Korea disahkan positif COVID-19.

Terbaru, Kim Jong-kook disahkan menjangkiti virus berkenaan dan hal ini diumumkan oleh agenisnya sendiri. Kata mereka,

Hello, ini ialah Turbo JK Company.

Kami ingin menyampaikan berita bahawa artis kami iaitu Kim Jong-kook disahkan positif COVID-19 pada hari ini.

Pada 9 Februari, Kim Jong-kook mengalami simptom biasa dan menjalani ujian menerusi kita ujian kendiri. Ujiannya adalah positif dan selepas melalui ujian PCR tambahan, Kim Jong-kook disahkan positif COVID-19 pada 10 Februari.

Pada ketika ujian itu dilakukan , Kim Jong-kook sudah pun selesai mengambil dua dos vaksinasi. Kini, dia tidak mengalami sebarang sakit dan akan menunda aktivitinya buat sementara bagi mengikuti kesemua garis paduan pencegahan penyakit.

kim jongkook

Dalam pada itu, agensinya berjanji akan memastikan penyanyi itu sembuh dengan baik dan mengikuti segala arahan yang ditetapkan pihak bertanggungjawab.

Semoga cepat sembuh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...