Ikuti Kami:

Pasangan Lee Byunghun & Lee Minjung Positif COVID-19

Pasangan Lee Byunghun & Lee Minjung Positif COVID-19

Seorang lagi pelakon popular Korea telah disahkan positif COVID-19.

Menerusi laporan agensinya, Lee Byung-hun disahkan positif virus berkenaan. Kata mereka,

Lee Byung-hun disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri.

Tambah lagi, pelakon lelaki itu sudah pun menerima dos penggalak sebelum ini.

lee byunghun

Dalam pada itu, penggambaran “Our Blues” dihentikan kini selepas berita itu disahkan. Namun ujian yang dijalani kesemua staf dan pelakon lain disahkan negatif.

Pihak produksi menyampaikan bahawa mereka akan mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kuarantin. Selain akan memastikan penggambaran dijalankan dalam keadaan yang selamat.

Dalam pada itu, isterinya iaitu Lee Min-jung yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat turut disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh agensinya.

Semoga Lee Byung-hun cepat sembuh.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...