Pada saban episod “Running Man”, pastinya akan ada kisah kelakar yang terjadi di antara setiap ahli.
Sambungan dari episod ‘Saya Solo Neraka’, kesmeua ahli dan tetamu Lee Se-hee, Han Ji-eun, dan Dex telah menjalani misi di mana mereka perlu memilih pasangan yang lebih teruk berdasarkan lirik lagu. Antara bait lirik yang dibandingkan ialah lagu Kim Jong-kook ‘One Night’ dan BLOCK B ‘Did You Or Did You Not’.
Tanpa berlengah, Yoo Jae-suk menggunakan peluang ini untuk mengusik Kim Jong-kook,
Lagu ini bukan saja-saja dibuat. Ianya bukan tentang salah sangka mengenai kecurangan tapi Kim Jong-kook memang curang.
Nafi lelaki berbadan sasa itu,
Saya hanya menerima lirik yang diberikan, bukannya kerana pengalaman sendiri.
Usik pengacara itu lagi,
Mengarutkan kalau curang itu tipikal. Ada ke lirik pemilik fizikal dan pemilik jiwa adalah orang berlainan?
Cuba membela diri sendiri, ahli “Running Man” nyata tidak dapat menahan ketawa melihat Kim Jong-kook tak senang duduk.
Seronok Yoo Jae-suk mengusik.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉