Betul lah Jeon So-min merupakan seorang yang baik luar dan dalam!
Lee Se-hee yang menjadi tetamu “Running Man” dalam episod baru-baru ini telah memuat naik entri bagi berterima kasih buat semua yang menyertai rakaman berkenaan.
Namun pelakon wanita itu terus memuji Jeon So-min yang sentiasa menjaga dirinya sepanjang rakaman itu,
Saya seronok meluangkan masa bersama! Ahli ‘Running Man’, Ji-eun, Dex dan kesemua staf menjaga saya dari awal sampai waktu rehat dan membuatkan suasana penggambaran selesa. Saya membuat memori indah!
View this post on Instagram
Tambahnya,
Tak lama dulu, So-min merupakan selebriti pertama yang saya jumpa di salon rambut. Tawa pastinya mengiringi ke mana sahaja So-min berada. Saya mempunyai hubungan yang baik bersama staf. Mereka kelihatan baik bersama dan saya juga mahu baik seperti itu. Awak juga menjaga staf ‘Running Man’ dengan baik. Ji-hyo, Ji-eun dan ahli lain juga, terima kasih kerana menjaga saya.
Bestnya kalau dapat kawan dengan Jeon So-min.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉