Ikuti Kami:

Kim Jaeyoung Dilamar Sertai Park Shinhye Dalam Drama ‘The Judge From Hell’

Kim Jaeyoung Dilamar Sertai Park Shinhye Dalam Drama ‘The Judge From Hell’

Ada drama baru menanti korang nanti!

Menerusi laporan media Korea, Kim Jae-young bakal muncul dalam drama jenayah romantik fantasi “The Judge From Hell” bersama Park Shin-hye nanti.

Ianya membawa kisah hakim kejam dan ganas yang menggunakan kuasa buat dirinya sahaja dan bertemu dengan detektif ceria yang meletakkan mangsa sebagai keutamaan.

kim jaeyoung

Khabarnya, Park Shin-hye akan membawa watak Kang Bit-na, seorang hakim bermasalah yang tak percayakan sifat pura-pura penjahat tapi tiada simpati buat kesakitan mangsa. Manakala Kim Jae-young bakal melakonkan watak Han Da-on iaitu seorang yang akan melakukan apa sahaja demi mangsa.

Menurut laporan, drama ini akan memulakan penggambaran pada 2024 namun belum ada tarikh tayangan spesifik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...