Utama Drama Korea Park Shinhye Dilamar Jadi Hakim Dalam ‘The Judge From Hell’

Park Shinhye Dilamar Jadi Hakim Dalam ‘The Judge From Hell’

park shinhye

Akhirnya Park Shin-hye kembali aktif dalam dunia K-Drama!

Menerusi laporan media Korea, pelakon wanita tersebut bakal muncul dalam drama jenayah romantik fantasi “The Judge From Hell” selepas selesai dengan promosi drama JTBC “Doctor Slump”.

Ianya membawa kisah hakim kejam dan ganas yang menggunakan kuasa buat dirinya sahaja dan bertemu dengan detektif ceria yang meletakkan mangsa sebagai keutamaan.

park shinhye

Khabarnya, Park Shin-hye akan membawa watak Kang Bit-na, seorang hakim bermasalah yang tak percayakan sifat pura-pura penjahat tapi tiada simpati buat kesakitan mangsa.

Sama-sama kita nantikan sekiranya Park Shin-hye akan menerima tawaran drama “The Judge From Hell” ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERKorean Economic
Loading...