Ikuti Kami:

Kim Jaewook & Krystal Kongsi Sebab Bintangi Drama ‘Crazy Love’

Kim Jaewook & Krystal Kongsi Sebab Bintangi Drama ‘Crazy Love’

Kim Jae-wook dan Krystal telah menunjukkan ‘chemistry’ romantik mereka dalam penggambaran untuk majalah Cosmopolitan Korea!

Untuk pengetahuan, Kim Jae-wook dan Krystal kini dalam persiapan untuk drama mereka “Crazy Love”. “Crazy Love” membawa kisah seorang lelaki yang berpura-pura hilang ingatan apabila diberitahu dia akan dibunuh dan seorang wanita yang berlakon menjadi tunangannya. Kim Jae-wook akan melakonkan watak Noh Go-jin, seorang pengajar matematik hebat dalam negara dan CEO kepada GO Study. Manakala Krystal pula akan memegang watak Lee Shin-ah, setiausaha lelaki itu yang sentiasa bergerak dibawah perhatian orang lain.

Pada awalnya, mereka berkongsi sebab mereka memilih untuk membintangi projek itu. Kim Jae-wook berkongsi,

Saya mengambil suasana pertama yang saya dapat daripada membaca skrip dengan agak serius. Kualiti projek itu penting, tetapi ceritanya harus bertepatan dengan situasi peribadi saya. Saya berasa tertekan kerana COVID yang berterusan, jadi saya ingin membintangi drama yang boleh buat saya ketawa. Ketika itulah saya ditawarkan ‘Crazy Love’.

Krystal juga bercakap tentang membuat kemunculan semula yang singkat selepas “Police University”. Dia mengulas,

Saya biasanya tidak muncul dalam dua projek berturut-turut seperti ini, tetapi saya tidak mahu melepaskan peluang itu. Ia adalah siri rom-com pertama saya. Dan saya fikir sudah tiba masanya.

kbs crazy love

Jangan lupa tonton “Crazy Love” bakal ditayangkan pada 7 Mac ini di Disney+!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...