Kim Hyun-joong dikhabarkan bakal jadi ayah! Yay, ada Kim Hyun-joong junior!

Sebelum ini, Kim Hyun-joong berkongsi dengan peminat bahawa dia merupakan tunangan orang sewaktu mengadakan konsert solo secara bersua muka dan juga secara atas talian. Setelah perkhabaran itu, Kim Hyun-joong hanya berkongsi khabar lanjut mengenai hubungan mereka bahawa mereka sudahpun mendaftarkan perkahwinan mereka.
Terbaru, agensi Kim Hyun-joong sendiri iaitu Henecia Entertainment memaklumkan bahawa isterinya kini hamil. Agensi itu turut mengeluarkan kenyataan rasmi bagi khabar gembira tersebut. Berikut merupakan kenyataan rasmi oleh agensi Kim Hyun-joong.
Hello.
Ini agensi Kim Hyun-joong, Henecia.
Kami membawa anda berita gembira yang datang kepada keluarga artis kami Kim Hyung-joong.
Kim Hyun-joong kini berhati-hati menunggu kehidupan baru dengan rasa syukur dan teruja.
Kami memohon sokongan ikhlas anda agar dia dapat melindungi anak baru yang berharga itu.
Memandangkan ini adalah berita yang berkaitan dengan kehidupan peribadi artis, kami dengan hormatnya meminta anda mengelak daripada minat atau spekulasi yang berlebihan memandangkan isterinya yang bukan selebriti.
Terima kasih.
Akhirnya, lagi satu khabar berita yang kita terima dari Kim Hyun-joong! Tahniah untuk Kim Hyun-joong dan pasangan!