Ikuti Kami:

Kim Hyunjoong Akui Kahwin Dengan Cinta Pertama & Kongsi Sebab Lari Dari Dunia Hiburan

Kim Hyunjoong Akui Kahwin Dengan Cinta Pertama & Kongsi Sebab Lari Dari Dunia Hiburan

Ramai yang pastinya ingin tahu mengenai kehidupan Kim Hyun-joong kini kan?

Terbaru, bekas ahli SS501 itu telah muncul dalam sebuah video di saluran YouTube milik rakannya.

Jelasnya, dia sudah pun mendaftarkan perkahwinan dan berjanji sehidup semati dengan cinta pertamanya. Menurut cerita yang pernah dikongsi dahulu, wanita itu dikenalinya semasa di tahun ke-7 persekolahan dan terpaksa berpisah dengannya kerana jadual yang ketat. Malah kisah cintanya itu turut dilakonkan semula dalam muzik video lagunya iaitu “The Smile In Wine”.

Kim Hyun-joong memberikan komen mengenai isu bersama bekas kekasihnya selain menceritakan sebab dia tidak aktif di dalam dunia hiburan Korea kini. Meskipun dia dipersalahkan, lelaki itu turut mengakui dia turut bersalah dan kurang selsa untuk menghadiri rancangan TV dan membuat lawak lantas dipandang enteng oleh orang awam.

Dalam pada itu, Kim Hyun-joong berkongsi kisah mengenainya yang lebih aktif dengan band kini.

Semoga Kim Hyun-joon berbahagia.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...