Ingat tak mengenai pengumuman Kim Hyun-joong mengenai keputusan untuk berkahwin tak lama dulu?

Menurut laporan media baru-baru ini, lelaki yang berusia 37 tahun itu sedang menjalani kehidupan baru sebagai pengantin selain sudah tinggal bersama dengan isterinya.
Terdahulu, Kim Hyun-joong mengumumkan berita berkenaan menerusi perjumpaan peminat “Things I Want To Say”,
Saya membuat keputusan untuk menjalani kehidupan bersama dengan seseorang yang berada di sisi saya semasa waktu yang sukar.
Khabarnya, wanita bertuah itu merupakan wanita bukan selebriti dan Kim Hyun-joong sering menghebahkan mengenai pasangannya itu kepada kenalan rapat.
Meskipun majlis perkahwinan tidak dilakukan dek situasi COVID-19 kini, kedua mereka dilaporkan sudah berkahwin dan sedang menikmati fasa kehidupan berumah tangga buat masa ini.
Semoga berbahagia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.