Ikuti Kami:

Kim Hyunjoong Umum Bakal Berkahwin Di Konsert Hadiah Buat Peminat

Kim Hyunjoong Umum Bakal Berkahwin Di Konsert Hadiah Buat Peminat

Berita baik buat peminat Kim Hyun-joong, idola dan pelakon itu mengumumkan dia bakal berkahwin tak lama lagi.

Perkara itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi konsert hadiah buat peminat, “Words I Want To Say”.

Saya tak pasti bagaimana mahu menyampaikannya. Saya membuat keputusan untuk menghabiskan kehidupan saya dengan seseorang yang telah bersama ketika waktu yang paling memenatkan dan sukar pada saya.

Tambahnya,

Apabila saya bermuhasabah diri sepanjang kehidupan ini, saya telah menerima banyak kasih sayang dan perhatian. Saya sangat berterima kasih buat peminat yang berada di sisi saya dengan diam semasa hari yang paling dan susah. Kerana kita boleh berjumpa dan bertemu seperti ini, saya merasakan hari ini akan menjadi sesuatu yang bermakna. Dek sokongan dan kasih sayang pada ketika saya melalui waktu yang kelam dan sukar, saya memberanikan dan memasuki fasa kedua kehidupan saya.

kim hyunjoong

Sambungnya,

Saya akan berasa menyesal seumur hidup jika meluahkan hanya dengan kata-kata, mengambil kira kasih sayang dan sokongan tiada batasan yang diterima dari peminat, saya mahu mengambil peluang untuk berkongsi hal ini di konsert ini.

Dalam pada itu, agensi Kim Hyun-joong turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai berita itu.

Kata mereka, pasangan itu tidak akan mengadakan majlis memandangkan situasi COVID-19 yang meruncing kini. Disebabkan kekasihnya merupakan seorang bukan selebriti, pihak agensi berhati-hati dalam berkongsi mengenainya.

Malah agensi Kim Hyun-joong meminta semua mengelak melakukan spekulasi dan memahami berita yang disampaikan ini.

Ageni itu turut menyatakan bahawa lelaki itu akan terus menyampaikan muzik dan promosi seni selepas ini bagi membalas sokongan peminat.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...