Semakin hangat kisah yang melibatkan kes buli Kim Hieora, malah terdapat tuduhan baru melibatkannya.
Menerusi sebuah posting di laman komuniti, seorang netizen menuduh pelakon wanita itu telah menanyakan soalan kurang sesuai pada pelakon wanita lain.
Pelakon berkenaan yang sering melakukan siaran langsung di Instagram bersama peminatnya. Menerusi siaran langsung tersebut, pelakon berkenaan menerima banyak soalan peribadi.
Pelakon ini dikatakan masih belum berpuanya dan tidak pernah mendedahkan sekiranya dia sudah pun berkahwin. Pun begitu, akan ada ketika di mana dia akan menerima soalan seperti ‘bila nak mengandung’ atau ‘adakah awak merancang untuk hamil pada 2024?’.
Disebabkan oleh soalan kurang enak itu, para peminat kadang kala akan melaporkan komen tersebut di Instagram. Pun begitu, mereka mendapat tahu bahawa komen berkenaan ditinggalkan oleh pelakon Kim Hieora dan Lee Ah-jin memandangkan platform itu akan menulis nama akaun yang dilaporkan melakukan kesalahan.
Oleh itu, ramai yang meluahkan rasa kurang senang kerana soalan yang ‘mengundang’ itu selain pelakon yang ditanyakan itu kerap kali mengelak untuk menjawab soalan mengenai kehamilan setiap kali melakukan siaran langsung.
Tak tahu lah nak kata apa..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.