Tiada angin tiada ribut, pelakon Kim Go-eun terpalit dengan khabar angin percintaan dengan seorang bintang popular.

Pada 20 Disember, Kim Go-eun telah didakwa menjalinkan hubungan bersama Kapten Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Korea dan bintang Tottenham Hotspurs iaitu Son Heung-min.
Untuk pengetahuan, khabar angin tersebut mula menjadi viral apabila seorang pengguna di Twitter berkongsi bahawa Kim Go-eun mengikuti akaun Instagram rahsia pemain bola sepak tersebut.
Tambahan, ada juga yang menyatakan bahawa Son Heung-min sering menekan butang ‘like’ pada setiap gambar Kim Go-eun di laman Instagram.
손흥민 김고은 비계 걸림 pic.twitter.com/Qs7UcsWy0f
— 깜찍이소다 (@kkamzzikisoda) December 18, 2022
Selepas pelbagai spekulasi dibuat, agensi Kim Go-eun akhirnya tampil memberi respon mengenai khabar angin berkenaan. Jelas agensi,
Ia adalah khabar angin yang tidak berasas. Dia hanya menyokongnya sebagai rakyat yang menonton piala dunia.
Jangan sebarkan benda yang tak betul tau!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.