Ikuti Kami:

Bintangi ‘Yumi’s Cells’, Ahn Bohyun Sokong Kim Goeun Di Tayangan Perdana Filem ‘Hero’

Bintangi ‘Yumi’s Cells’, Ahn Bohyun Sokong Kim Goeun Di Tayangan Perdana Filem ‘Hero’

Pernah sama-sama membintangi “Yumi’s Cells”, Ahn Bo-hyun dan Kim Go-eun nampaknya setia memberikan sokongan buat satu sama lain.

Terbaru, tayangan perdana VIP filem muzikal Kim Go-eun “Hero” telah diadakan di Seoul, dan dihadiri ramai pelakon hebat.

Khususnya, rakan pelakon dari “Yumi’s Cells” iaitu Ahn Bo-hyun turut dilihat hadir di tayangan perdana tersebut, bagi memberi sokongan buat Kim Go-eun.

tayangan perdana filem hero

Selain itu, selebriti lain yang juga menghadiri tayangan perdana “Hero” adalah Im Si-wan, Lee Sung-kyung, Kim Yoo-jung, Ahn Eun-jin dan ramai lagi.

Dalam pada itu, “Hero” adalah satu filem adaptasi daripada muzikal dengan nama yang sama. Ia mengisahkan mengenai kisah aktivis Korea, An Jung-eun yang berjuang untuk gerakan Kemerdekaan Korea.

Jangan lupa tonton “Hero” pada 21 Disember nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...