Haaa mesti ramai yang dah tak sabar nak tonton musim kedua drama “Taxi Driver”, kan?
Bagi yang belum tahu, “Taxi Driver” ialah sebuah drama pembalasan dendam di mana sekumpulan individu di bawah Rainbow dan pemandu teksi Kim Do-gi membalas dendam bagi pihak mangsa yang teraniaya.
Terbaru, Lee Je-hoon yang membawa watak sebagai Kim Do-gi, telah dilihat menjalani penggambaran untuk musim kedua siri berkenaan.
https://twitter.com/ljehoons/status/1580491127513264129?s=20&t=8GaQgDschaaX216LMvDygg
Pada 13 Oktober, seorang pemilik kedai berhampiran lokasi, berkongsi beberapa gambar Lee Je-hoon yang sedang melakukan penggambaran, menambah keterujaan penonton untuk menantikan tayangan musim kedua “Taxi Driver”.
Untuk pengetahuan, musim kedua “Taxi Driver” telah dijadualkan untuk tayang pada separuh pertama 2023 nanti.
Sama-sama kita nantikan!