Ikuti Kami:

Kim Chaehyun KEP1ER Dipilih Jadi MC Baharu Di SBS MTV ‘The Show’

Kim Chaehyun KEP1ER Dipilih Jadi MC Baharu Di SBS MTV ‘The Show’

Kim Chae-hyun KEP1ER akan menjadi MC baharu di program ‘The Show’!

Ia hanya kira-kira seminggu sejak KEP1ER membuat penampilan sulung mereka yang ditunggu-tunggu. Semasa kumpulan itu sibuk menjalankan promosi bagi lagu mereka “WA DA DA”, dan terus mencipta rekod dalam persada muzik, ahli Kim Chae-hyun, sedang bersedia untuk memikat peminat tetapi kali ini, sebagai MC baharu di SBS MTV ‘The Show’.

Menurut laporan media pada 10 Januari, ahli KEP1ER itu telah dipilih sebagai MC baharu di siaran muzik SBS, ‘The Show’. Dia akan mengambil alih kedudukan ini, menggantikan Kim Yo-han WEi, Ji-han Weekly, dan Yeo-sang ATEEZ, yang telah meninggalkan ‘The Show’ pada bulan Disember lepas.

kep1er chaehyun mc the show

Sementara itu, ‘The Show’ akan disiarkan setiap hari Selasa jam 5 petang. Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...