Setelah 9 bulan, Yohan WEi, Jihan WEEKLY & Yeosang ATEEZ Berhenti Jadi MC Di ‘The Show’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Penonton perlu mengucapkan selamat tinggal kepada trio hos comel SBS MTV ‘The Show’ Kim Yo-han WEi, Jihan WEEKLY dan Yeo-sang ATEEZ.
Siaran ‘The Show’ pada 14 Disember, hari ini, akan menjadi episod istimewa akhir tahun, juga didedikasikan untuk meraikan episod terakhir trio MC bersama-sama, dengan mengimbas kembali musim yang telah berlalu sejak mereka mula menjadi hos 9 bulan lalu.
Di samping itu, peminat global dari kira-kira 50 negara berbeza di seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam segmen kuiz “Hallyu Olympiad”, yang menampilkan sesi tutorial tarian oleh MC Yeo-sang. ATEEZ, BILLIE, GHOST9, IVE, CIGNATURE, EVERGLOW dan ramai lagi, akan turut membuat persembahan untuk siaran hari ini.

Terima kasih MC Yo-han, Jihan dan Yeo-sang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




