Ikuti Kami:

Kian Romantik, ‘Crash Course In Romance’ Pertama Kali Raih Rating Lebih 10%

Kian Romantik, ‘Crash Course In Romance’ Pertama Kali Raih Rating Lebih 10%

Dengar cerita, ramai yang sedang seronok menonton drama tvN iaitu “Crash Course In Romance” sekarang ini.

Menikmati respon baik dari penonton sejak dari awal tayangan, drama berkenaan terbukti popular apabila episod terbarunya mencapai rating dua digit buat pertama kali sepanjang tayangan iaitu 11%.

Dalam episod terbaru ini, Choi Chi-yeol (Jung Kyung-ho) yang mula memberikan tutor percuma buat Nam Hae-yi (Roh Yoon-seo) sebagai pertukaran dengan makan tengah hari dan malam oleh Nam Haeng-seon kian terpersona dengan wanita itu.

tvn crash course in romance

Mengikut teaser tayangan episod akan datang, lelaki itu sepertinya akan mula menyedari perasaan buat wanita tersebut namun berada dalam dilema memandangkan dia sudah bersuami. Apa yang tidak diketahui Choi Chi-yeol ialah Nam Haeng-seon sebenarnya hanyalah mak cik Nam Hae-yi dan tidak pernah berkahwin lantas membuatkan penonton ternanti-nanti apakah reaksi pengajar matematik itu apabila mengetahui mengenainya.

Best kan drama ini?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...