Utama Drama Korea Kian Provokatif Dek Kemunculan Uhm Kijoon, ‘The Escape Of The 7’ Tukar...

Kian Provokatif Dek Kemunculan Uhm Kijoon, ‘The Escape Of The 7’ Tukar Had Umur 19+

uhm kijoon

Penonton akan dapat melihat transformasi baru Uhm Ki-joon dengan rambut putih dalam episod ke-5 “The Escape Of The Seven”.

Pada 27 September, drama Jumaat-Sabtu SBS itu merilis gambar-gambar belakang tabir para pelakon yang akan memaksimakan cerita pembalasan dalam drama tersebut.

Dalam foto itu, dapat dilihat Uhm Ki-joon sebagai Matthew Lee, yang merupakan antagonis utama. Aura yang begitu mendominasi ketika dia mengangkat gelas dan menatap kamera langsung sudah membuat penonton merasa sangat terhibur.

uhm kijoon

Anatagonis lain tidak akan pernah tahu bahawa Matthew Lee, yang mengendalikan syarikat telefon mudah alih terbesar di Korea, adalah orang yang merancang permainan kelangsungan hidup bagi menghukum mereka. Proses Matthew Lee dan orang jahat tersebut saling terjerat satu sama lain merupakan satu lagi titik menarik yang membuat penonton menantikan episod baru untuk melihat persembahan gila Matthew Lee. Perhatian difokuskan kepada bagaimana lelaki itu akan menghukum tujuh orang jahat yang terlibat dalam insiden tersebut.

Menurut laporan, episod ke-5 dan selebihnya dijangka akan terhad kepada penonton berumur 19 tahun ke atas, memberi isyarat kepada tindakan jahat yang tegang daripada penjahat-penjahat tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERWikitree
Loading...