Selepas “The Penthouse”, nampaknya kita ada drama baru yang bakal menaikkan darah penonton kini.
“The Escape Of The Seven” membawa kisah takdir berbelit antara 7 individu di mana mereka berkait dengan kes pembunuhan seorang remaja sekolah. Dari awal episod, drama itu telah pun menyajikan pelbagai plot mengundang seperti remaja hamil dan buang anak, penderaan domestik, buli dan banyak lagi.
Meskipun sudah empat episod bersiaran namun ianya masih gagal meraih rating tinggi seperti drama yang ditayangkan di slot Jumaat-Sabtu SBS lain di mana “The Escape Of The Seven” hanya berpuas hati dengan catatan 7% ke bawah sahaja setakat ini.
Oleh kerana topik sensitif yang dipaparkan, ramai yang mempersoalkan bagaimana siri lakonan Hwang Jung-eum, Uhm Ki-joon, Jo Yoon-hee dan Lee Yu-bi dan lain-lain akan memanjangkan konflik ini hingaa musim kedua nanti.
Dalam pada itu, musim akan datang “The Escape Of The Seven” dikatakan akan bersiaran pada tahun hadapan.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.