Korang seorang vegetarian dan ada merancang untuk bercuti ke Korea?
Kali ini Kimchi Daily nak kongsikan 4 kedai makan berasaskan tumbuhan halal di Korea.
Vegan Kitchen
Vegan Kitchen merupakan sebuah restoran vegan dan mempunyai sijil halal Korea yang disahkan. Restoran ini mempunyai banyak pilihan untuk dipilih bagi peminat vegan. Bagi yang tidak pernah rasa ‘daging sayuran’, korang boleh merasai burger daging tetapi daging itu diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Kedai ini terletak di 21 Toegye-ro 20-gil Jung-gu, Seoul.
Plant Cafe & Kitchen
Restoran vegan ini menawarkan pelbagai hidangan termasuk salad, sandwic, burger sayuran dan makan malam seperti pasta. Selain itu, ada juga hidangan air kombucha, smoothie dan jus daripada buahan segar yang sejuk.
Dapur berhenti beroperasi pada pukul 9 malam, jadi korang kena datang awal jika mahu makan malam. Selain itu, restoran ini juga menerima tempahan tetapi, bukan pada hari yang sama jadi korang perlu pesan sekurangnya sehari sebelum. Plant Cafe & Kitchen dibuka setiap hari kecuali pada hari Sabtu.
Oh Se Gae Hyang
Restoran vegan Seoul ini dimiliki oleh syarikat makanan vegetarian terkenal Korea. Menu di sini kebanyakkannya diinspirasikan dari Korea dan Cina dengan beberapa hidangan pasta dan salad. Tambahan, restoran ini melampirkan menu bersama bahan yang digunakan dan ianya disahkan halal.
Saffron Restaurant
Saffron Restaurant menyajikan makanan halal dari Arab dan timur tengah yang menakjubkan. Lokasinya sangat mudah dicari kerana ia sekitar 15 minit berjalan kaki pusat bandar Myeongdong.
Pelbagai jenis masakan dihidangkan di sini termasuk makanan berasaskan tumbuhan. Jangan risau kalau korang datang secara berkumpulan dan ada kawan yang tidak makan daging haiwan. Selain itu, pekerja di sini juga sangat ramah & boleh berbahasa Arab menyerikan lagi suasana di restoran ini. Pelancong sangat disyorkannya untuk mencuba makanan Arab di tengah-tengah Seoul ini.
Selamat mencuba!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.