Pasti ramai yang tahu bahawa V telah menamatkan perkhidmatan tenteranya semalam dan disambut meriah oleh peminat dari seluruh dunia.
Susulan keluarannya, V telah memuat naik beberapa foto baru menerusi Instagram peribadinya, memberi perkembangan terkini kepada peminat.
Bagaimanapun, hantaran tersebut lantas menarik perhatian selepas lelaki itu dilihat meletakkan lagu berjudul “Love Me JeJe”, menimbulkan semula khabar angin percintaannya bersama Jennie.
Malahan, ada juga yang mendakwa bahawa kek dalam gambar itu adalah pemberian dari ‘kekasihnya’ itu, kerana Jennie memang kerap membeli kek dari kedai berkenaan.
Selain itu dalam foto lain, V sedang menggalas beg dengan ‘keychain’ patung berwarna biru, sama seperti yang dimiliki penyanyi “Like JENNIE” itu dengan warna yang berlainan.
Meskipun banyak dakwaan yang telah dibuat oleh orang ramai, agensi masih belum mengeluarkan sebarang respon lagi setakat ini.
Haa apa pendapat korang?