“Versi Paling Sopan” – Hampir 2 Juta Tontonan, Klip TokTi Menari Lagu ‘Like Jennie’ Tular
- oleh Fareen
- 1 tahun lalu
Tak dinafikan, “Like JENNIE” adalah antara lagu K-Pop paling popular pada tahun ini.
Baru-baru ini, penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau juga mesra dikenali sebagai TokTi, telah memuat naik video tarian untuk lagu “Like Jennie” di laman TikToknya.
Tulisnya di ruangan kapsyen,
Nak ikut trend anak muda jap 🤭🤭
@toktitiktok Nak ikut trend anak muda jap 🤭🤭 #LikeJennie @JUXT Studio ♬ like JENNIE – JENNIE
Belum sehari selepas dimuat naik, video itu lantas menarik perhatian ramai dengan hampir 2 juta tontonan setakat ini.
Antara komen netizen,
- Tokti buat terus jadi tarian Melayu.
- Saya bangga Tokti dengar lagu bias saya!
- Tarian Like Jennie paling sopan jatuh pada Tokti.
Ayu sungguh!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




