‘Ketua Malaikat Maut’ Dalam ‘Running Man’, Ramai Mahu Song Jihyo Kembali Berlakon Naskhah Seram
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Sesiapa yang mengikuti karier lakonan Song Ji-hyo dari awal, pasti mengetahui bahawa wanita itu sudah mencuba pelbagai genre berbeza.
Pun begitu, namanya lebih sinonim dengan naskhah thriller dan seram seperti “Whispering Stairs” dan “The Intruder” yang memaparkan sisi gelapnya dek watak serius dan mengerikan.
Malah penampilan Song Ji-hyo sebagai ‘ketua malaikat maut’ dalam episod terbaru “Running Man” semakin menguatkan imejnya dengan watak sedemikian.
Really wish our actress Ssong can do another horror or thriller genre movie
She’s soooo good#송지효 #SongJiHyo #宋智孝 #ソンジヒョ pic.twitter.com/RyXzC5heSo
— SongJihyoInternational01 (@SJHIntl01) August 28, 2022
Bahkan ekspresi wajahnya yang kelam dengan pandangan mata tajam membuatkan semua teringat kembali wataknya dalam naskhah berkenaan.
now i want jihyo to have this kind of role for her new drama😫 she so pretty she so hot shuxx pic.twitter.com/XvtMIUV3QG
— louise (@pandesalnijihyo) August 29, 2022
Tak cukup dengan itu, nama Song Ji-hyo turut meniti di bibir semua semasa dia melakonkan watak Hee-ra, si ahli sihir dalam drama “The Witch’s Diner” yang ditayangkan pada tahun lalu.
Dalam pada itu, wanita berusia 41 tahun itu mendedahkan bahawa dia ada menerima tawaran lakonan baru menerusi episod yang sama. Namun tiada info spesifik yang dijelaskan olehnya.
Cun kan Song Ji-hyo bawa watak seperti ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




