Ikuti Kami:

“Harap Mereka Bercium” – Selesa Bersama, Cinta Kim Jongkook & Song Jihyo Disokong Ahli ‘Running Man’

“Harap Mereka Bercium” – Selesa Bersama, Cinta Kim Jongkook & Song Jihyo Disokong Ahli ‘Running Man’

Sepertinya ahli “Running Man” terus menggembar-gemburkan hubungan cinta antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo.

Dalam episod terbaru ini, kegembiraan kesemua ahli bertukar gundah-gulana apabila mereka terpaksa mengharungi perkampungan yang dipenuhi zombi. Dalam pada itu, kesemuanya perlu mencari ‘Ketua Hantu’ yang mengawal kesemua hantu berkenaan.

Bagi meningkatkan debaran semua, ahli perlu memasuki ke dalam rumah yang menyeramkan untuk mencari buku misteri dan syiling tembaga. Bergerak secara berpasangan, Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo secara semula jadi bersama-sama manakala Jeon So-min dan Yoo Jae-suk terperangkap sekali.

song jihyo kim jongkook

Semakin menakutkan apabila mereka diberitahu bahawa VJ (jurukamera) tidak akan masuk sekali, ujar Jeon So-min buat pasangan Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo,

Jom lah pergi sekali, saya tak nak berjalan dengan penakut (Yoo Jae-suk).

Haha dan Yang Se-chan yang melihat situasi ini dari luar mula membayangkan adegan romantik terjadi antara mereka, kata Haha,

Saya berharap Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook ketakutan dan bercium tanpa sengaja.

Tambah Yang Se-chan,

Ada konteksnya, ini kerana mereka berasa takut.

sbs running man

Tak seperti yang dijangka, Song Ji-hyo berlari meninggalkan Kim Jong-kook apabila dia dikejutkan dengan kehadiran hantu. Malah wanita itu turut mencarut selain berlawan dengan entiti di dalam rumah itu. Seloroh Ji Suk-jin,

Personaliti sebenar Song Ji-hyo akhirnya muncul.

Dalam pada itu, penonton perasan Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo yang kian selesa antara satu sama lain. Bahkan pelakon wanita tersebut dilihat memegang tangan lelai berbadan sasa itu semasa memasuki rumah berkenaan. Tak cukup dengan itu, Kim Jong-kook turut seronok mengusik Song Ji-hyo dengan cuba menakutkannya.

Alaaa macam pasangan sebenar dah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...