Ikuti Kami:

“Ia Perkara Baik..” – Song Jihyo Dedah Bakal Buat Comeback Lakonan

“Ia Perkara Baik..” – Song Jihyo Dedah Bakal Buat Comeback Lakonan

Sedar tak sedar, sudah setahun berlalu selepas Song Ji-hyo muncul dalam mana-mana drama mahupun filem di Korea.

Hanya aktif dengan “Running Man” selain pernah menjadi tetamu untuk beberapa program seperti “Tteokbokki Brothers” dan “Turkids On The Block” selain menjadi duta jenama, ramai yang menantikan ‘pelakon Song Ji-hyo’ membuat comeback kini.

Sepertinya peminat pelakon ini tak perlu lama lagi kerana Song Ji-hyo memberi bayangan bahawa dia bakal menyertai satu projek nanti.

song jihyo

Menerusi episod terbaru “Running Man”, kesemua ahli telah menilik nasib mereka untuk tahun ini. Apa yang menarik perhatian ramai ialah pertanyaan Song Ji-hyo,

Saya ada projek yang sedang menanti kini.

Dengan pendedahan itu, wanita tersebut menerima ramalan bahawa ‘perkara baik akan berlaku’ namun tiada informasi spesifik yang dijelaskan.

song jihyo

Namun dari kad yang dipilih, nampaknya Song Ji-hyo diminta memilih projek di mana dia perlu melakukan penggambaran pada waktu malam.

Agaknya apalah projek terbaru Song Ji-hyo?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...