Ikuti Kami:

Ketepikan ‘It’s Okay To Not Be Okay’, ‘Was It Love?’ Duduki No 1 Dalam Ranking Top 10 Netflix Malaysia

Ketepikan ‘It’s Okay To Not Be Okay’, ‘Was It Love?’ Duduki No 1 Dalam Ranking Top 10 Netflix Malaysia

Apabila Song Ji-hyo diumumkan bakal membuat kemunculan semula dalam dunia lakonan dalam drama komedi romantik “Was It Love?”, ramai peminat dah teruja untuk melihat wanita itu menonjolkan bakat lakonannya yang terlindung dek aktif dalam rancangan hiburan.

Naskhah ini menceritakan kisah No Ae-jung (Song Ji-hyo), seorang produser filem yang sudah hidup berseorangan selama 14 tahun lamanya. Walaupun dah tolak ketepi soal pasangan, dia tiba-tiba diheret masuk dalam lembaran kisah cinta yang baru apabila 4 lelaki daripada kisah lampaunya hadir semula dalam hidupnya dalam masa yang sama.

was it love? no 1 di netflix malaysia

Lebih menggembirakan apabila drama tersebut turut menerima lesen untuk ditayangkan menerusi laman penstriman popular iaitu YouTube lantas memudahkan ramai peminat K-Drama daripada seluruh dunia mendapat akses kepada setiap episod sejam selepas tayangan di Korea.

Seperti yang diketahui anda, drama “It’s Okay To Not Be Okay” kini adalah satu K-Drama yang popular di Netflix bahkan turut tersenarai sebagai satu-satunya drama Korea di dalam Top 10 rancangan TV popular di seluruh dunia di laman tersebut.

was it love? no 1 di netflix malaysia

Setelah duduk selesa berminggu-minggu di tempat pertama bagi Top 10 rancangan TV popular di Malaysia, nampaknya takhta itu berjaya dirampas oleh “Was It Love?” pada (24-25 Julai), siapa sangka kan? Lantas membuktikan bahawa drama lakonan Song Ji-hyo ini ternyata popular dalam kalangan penduduk Malaysia sampaikan boleh bersaing dengan drama popular seperti “It’s Okay To Not Be Okay”.

Malahan ini bukanlah kali pertama terjadi kerana pada 18 Julai lepas, “Was It Love?” pernah menduduki tangga pertama sekali gus menolak drama lakonan Kim Soo-hyun dan Seo Ye-ji itu ketepi buat sementara waktu sebelum ia kembali merampas kedudukan tersebut.

was it love? no 1 di netflix malaysia

Hebat juga penangan “Was It Love?”. Mungkin ramai yang ingin tahu siapakah gerangan ayah sebenar kepada Ha-nee (Uhm Chae-young)? Atau pun ramai yang teruja nak tahu kisah sebenar yang terjadi di antara No Ae-jung, Oh Dae-oh (Son Ho-jun) dan Ryu Jin (Song Jong-ho) pada 14 tahun lepas? Yang paling penting, jejaka manakah yang bakal menjadi pilihan wanita itu pada akhirnya nanti?

Sama-sama kita saksikan “Was It Love?” pada setiap Rabu dan Khamis, hanya di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...