Ikuti Kami:

Hanya ‘It’s Okay To Not Be Okay’ K-Drama Dalam Top 10 Netflix Seluruh Dunia, Kekal No 1 Di Malaysia

Hanya ‘It’s Okay To Not Be Okay’ K-Drama Dalam Top 10 Netflix Seluruh Dunia, Kekal No 1 Di Malaysia

Ternyata percaturan Kim Soo-hyun memilih “It’s Okay To Not Be Okay” sebagai drama pertama selepas pulang daripada latihan khidmat ketenteraan berjaya apabila naskhah ini kini trending dalam kalangan peminat K-Drama.

Kisah romantik dengan elemen psikologi berat ini menceritakan nasib seorang lelaki iaitu Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) yang tidak mampu mencintai sesiapa kerana bebanan hidup. Namun pengenalan dengan Go Mun-yeong (Seo Ye-ji), seorang penulis buku cerita kanak-kanak yang mempunyai masalah anti-sosial merubah segalanya.

episod pertama it's okay to not be okay

Pelbagai kisah sedih yang penuh beremosi selain diselitkan juga sedikit babak menghiburkan, “It’s Okay To Not Be Okay” berjaya mencuri perhatian ramai peminat K-Drama. Bahkan setiap episod dipenuhi dengan kata-kata pelbagai makna dan nasihat mendalam yang pastinya membuatkan penonton turut sama berfikir mengenai perihal hidup mereka.

Yang peliknya drama lakonan Kim Soo-hyun dan Seo Ye-ji ini sepertinya menerima perhatian biasa sahaja dek rating sederhana yang diperoleh pada saban episod. Walaubagaimanapun, drama ini memegang status elit dalam laman penstriman popular Netflix apabila menjadi satu-satunya K-Drama yang tersenarai dalam 10 tangga teratas di Netflix seluruh dunia.

it's okay to not be okay tangga teratas netflix seluruh dunia

Bukan itu sahaja, “It’s Okay To Not Be Okay” kini sudah berminggu kekal di tangga pertama bagi program TV popular di Netflix Malaysia. Hebat sungguh!

it's okay to not be okay tangga teratas netflix seluruh dunia

Para peminat “It’s Okay To Not Be Okay” juga berasa bangga kerana drama kegemaran mereka mendapat pengiktirafan daripada penonton daripada pelbagai latar belakang di seluruh dunia.

Wow banyak juga penonton dari luar Asia…

 

Kim Soohyun bijak kerana memilih drama ini. Karakter, lakonan, visual, semuanya best!

 

Dalam generasi kini, rating bukanlah segalanya. Ranking Netflix seperti ini juga merupakan penanda aras yang penting untuk melihat drama mana yang bagus.

 

Drama ini sangat seronok dan juga sangat sedih. Penulis krip, tolonglah beri kesudahan bahagia untuk semua watak.

 

Drama ini seperti kisah dongeng untuk orang dewasa. Seronok sangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...