Ikuti Kami:

“Kesian Si Mati…” – Choiza Kahwini Kekasih, Netizen Banjiri Komen Peringati Mendiang Sulli

“Kesian Si Mati…” – Choiza Kahwini Kekasih, Netizen Banjiri Komen Peringati Mendiang Sulli

Akhirnya penyanyi rap Choiza menamatkan zaman bujangnya pada usia 43 tahun kelmarin.

Untuk pengetahuan, lelaki itu sudah 3 tahun bercinta dengan seorang pekerja pejabat yang didedahkan pada awal tahun lalu.

Luahnya pada ketika itu,

Kami berjumpa menerusi perkenalan rakan rapat. Senyumannya yang ringkas menyejukkan hati semasa saya sedang gundah gulana dan dia memberikan saya kestabilan dan keselesaan dalam hidup yang dinamik ini.

Dalam rancangan “Psick Show” baru-baru ini juga, Choiza ada meluahkan mengenai bakal isterinya,

Saya sangat gembira sekarang. Dia melengkapi saya. Sebelum bertemu dengannya, saya terasa seperti separuh sahaja.

choiza kahwin

Pun begitu, berita perkahwinan lelaki itu bagaimanapun dibanjiri dengan komen mengenai netizen yang mengingati pemergian Sulli iaitu bekas kekasih Choiza dahulu,

Kesedihan hanya sementara. Mereka semua akhirnya akan meneruskan hidup dan berkahwin.

 

Saya kesian pada si mati.. disebabkan dia meriliskan lagu pada ketika Sulli dikelilingi kontroversi, ianya menolak dia ke dalam lubang gelap. Dia layak dibenci seumur hidup.

 

Saya tak mampu bagi ucapan tahniah, sebab saya teringatkan Sulli.

 

Harap awak tak tulis kehidupan seksual awak dalam lagu lagi nanti.

 

Saya harap awak bahagia.

Benda dah lepas kan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...