Semakin lama, semakin ramai yang terus mengungkap mengenai kes ‘Burning Sun’.
Reputasi Zico kian merosot akibat skandal berkenaan apabila khabarnya dahulu, dia mengetahui ‘telefon emas’ Jung Joon-young namun mendiamkannya sahaja.
Terbaru, lelaki tersebut turut disyaki sebagai pencuri yang memecah masuk rumah Goo Ha-ra dan mencuri peti keselamatan mendiang. Namun dia mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menidakkan dakwaan berkenaan.
Baru-baru ini, Zico mencetuskan kontroversi lagi apabila netizen menemui semula klip dari rancangan “Celebrity Bromance” lapan tahun lalu. Dalam klip tersebut, Zico dan pelakon Choi Tae-joon membincangkan aktiviti mereka semasa masa lapang.
Apabila Choi Tae-joon menyebut tidak menggunakan komputer, Zico secara tiba-tiba membangkitkan tentang kisah dia menghantar klip “panas” untuk ditonton lelaki itu,
Jadi semua klip seksi yang kamu minta untuk saya hantar itu ditonton menerusi telefon bimbit?
Choi Tae-joon mengakuinya namun menyelar bahawa semua pautan yang diberikan Zico tidak boleh dibuka lantas dia tidak sempat melihat apa pun.
Pada ketika rancangan itu disiarkan lapan tahun lalu, tiada siapa yang memberikan perhatian terhadap perbualan itu. Namun, kini kedua-dua bintang tersebut dikritik hebat oleh netizen kerana bercerita tentang menonton video lucah di televisyen. Selain, ada yang meluahkan simpati buat Park Shin-hye iaitu isteri Choi Tae-joon.
Habis semua kena korek..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.