Kes ‘Burning Sun’ bukan lah satu insiden yang kecil..

Terbaru, dokumentari BBC yang membongkar dengan lebih mendalam isu pelacuran dan rakaman haram seksual dalam ‘Burning Sun’ telah tular di serata dunia.
Malah kes itu dahulu turut mendedahkan bahawa Seungri, Jung Joon-young, Choi Jong-hoon sebagai antara selebriti yang merupakan dalang besar dalam kes berkenaan.
Baru-baru ini, satu lagi nama menjadi sebutan netizen iaitu Choi Tae-joon, suami kepada pelakon terkenal Park Shin-hye. Sebab dia disebut-sebut adalah kerana dia merupakan sebahagian daripada kumpulan rapat dengan selebriti yang terlibat itu.
Selepas isu ini kembali berbangkit, ini telah menyebabkan netizen mempersoalkan sama ada dia benar-benar tidak bersalah.
Dahulu, Choi Tae-joon kerap memaparkan hubungan yang rapat dengan Jung Joon-young dan Lee Jong-hyun selepas sama-sama muncul dalam “We Got Married”. Bahkan, mereka kerap memuat naik gambar bersama di media sosial.
Pada tahun 2019, ketika Jung Joon-young mula terlibat dalam skandal ‘Burning Sun’, Choi Tae-joon juga tidak terlepas dari pandangan tajam netizen. Lebih pelik apabila lelaki itu tiba-tiba menarik diri dari barisan pelakon “Hotel Del Luna” meskipun sudah selesai menjalani sesi pembacaan skrip.
Apabila ramai menebak ia adalah kerana isu Jung Joon-young yang kian panas, namun tvN tampil menjelaskan Choi Tae-joon tidak lagi bersama drama itu kerana perbezaan pendapat mengenai arahan filem dan personaliti wataknya.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah tebakan dan spekulasi netizen sahaja dan tiada yang pasti mengenai kebenaran penglibatan Choi Tae-joon dengan kes tersebut,
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.