Ikuti Kami:

Keserasian Lee Sungkyung & Kim Youngkwang Dipuji, Penonton Puas Hati Tonton Ending ‘Call It Love’

Keserasian Lee Sungkyung & Kim Youngkwang Dipuji, Penonton Puas Hati Tonton Ending ‘Call It Love’

Cepat mas aberlalu, tiba-tiba kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat drama “Call It Love” di Disney+ Hotstar.

Ia menggambarkan kisah seorang lelaki dan seorang wanita yang keletihan dari realiti keras mereka namun, mula memahami satu sama lain dengan emosi baru dan mendapati diri mereka beransur-ansur berubah.

[Amaran SPOILER]

Akhirnya terbongkar mengenai kisah sebenar di antara mereka, Shim Woo-joo dan Han Dong-jin tidak dapat melarikan diri daripada kenyataan dan realiti kehidupan sebenar. Mahu memperbaiki diri masing-masing, kedua-duanya memilih untuk berpisah buat sementara waktu. Walaupun setahun berjauhan namun ianya langsung tidak memadamkan api percintaan antara mereka berdua malah keduanya berada di tempat yang lebih baik kini.

disney+ call it love

Ending di mana mereka tersenyum berpelukan nyata membuatkan penonton tersenyum gembira. Malah hubungan manis antara Yoon Joon dan Shim Hye-sung turut menerima tepukan gemuruh semua memandangkan mereka berdua yang bermain tarik tali pada awalnya

Sukar untuk memastikan drama melodrama kekal menarik pada saban episod memandangkan temanya yang berat namun “Call It Love” berjaya membuktikan tanggapan itu salah. Penuh dengan emosi berbolak balik selain hubungan yang menyesakkan, namun penonton tetap menyokong hubungan antara Shin Woo-joo dan Han Dong-ji hingga ke akhirnya.

Apa kata korang mengenai drama ini?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...