Akhirnya ada K-Drama romantik baru buat korang!
“Love Next Door” yang bersiaran di Netflix membawa kisah seorang wanita bernama Bae Seok-ryu, yang cuba memulakan semula hidupnya yang bermasalah dan anak lelaki rakan ibunya iaitu Choi Seung-hyo, yang dianggap sebagai babak gelap dalam hidup Bae Seok-ryu.
Dibarisi pelakon hebat seperti Jung So-min, Jung Hae-in, Kim Ji-eun, Yoon Ji-on dan ramai, penonton ternyata tersenyum melihat plot rakan baik yang awalnya sering bertelingkah namun nescaya akan berubah romantik tak lama lagi.
Untuk episod pertamanya, “Love Next Door” berjaya meraih rating sebanyak 4.9% sebelum menaik ke 6% untuk episod berikutnya. Peningkatan mendadak ini membuktikan bahawa semakin ramai yang mula berminat untuk menonton drama romantik ini.
Korang dah layan ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.