Ikuti Kami:

Diterajui Jung Haein & Jung Somin, ‘Mom’s Friend’s Son’ Umum Barisan Pelakon Hebat

Diterajui Jung Haein & Jung Somin, ‘Mom’s Friend’s Son’ Umum Barisan Pelakon Hebat

Tak lama lagi, penonton akan disajikan dengan drama baru yang dibintangi oleh ramai pelakon hebat!

Terbaru, tvN telah mengumumkan drama baru “Mom’s Friend’s Son” yang dijadualkan untuk tayang pada tahun ini.

Diterajui Jung Hae-in dan Jung So-min, ini ialah drama komedi romantik tentang seorang wanita bernama Bae Seok-ryu, yang cuba memulakan semula hidupnya yang bermasalah dan anak lelaki rakan ibunya iaitu Choi Seung-hyo, yang dianggap sebagai babak gelap dalam hidup Bae Seok-ryu.

Selain itu, pelakon hebat lain yang akan turut membintangi drama ini adalah Kim Ji-eun, Yoon Ji-on, Park Ji-young, Jo Han-chul, Jang Young-nam, Lee Seung-jun, Kim Geum-soon, Han Ye-ju, Jeon Seok-ho, Lee Seung-hyub dan Shim So-young.

mom's friend's son

Menurut pasukan produksi,

‘Mom’s Friend’s Son’ akan merakamkan cinta, persahabatan dan kasih sayang keluarga berlatar belakangkan kejiranan mesra yang dipanggil ‘Hyereung-dong’. Kami menantikan sinergi pelakon yang boleh dipercayai dan akan melengkapkan percintaan yang hangat serta menyenangkan.

Nantikan maklumat lanjut mengenai “Mom’s Friend’s Son”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...