Ikuti Kami:

“Dia Akan Hantar..” – Pernah Digosip Bercinta, Jung Haein Akui Bersyukur Pada Jisoo BP Atas Sebab Ini

“Dia Akan Hantar..” – Pernah Digosip Bercinta, Jung Haein Akui Bersyukur Pada Jisoo BP Atas Sebab Ini

Mesti ramai kan yang rindu nak lihat gandingan Jung Hae-in bersama Ji-soo BLACKPINK?

Baru-baru ini, Jung Hae-in telah tampil dalam video temu bual bersama majalah Harper’s Bazaar, di mana pelakon itu melihat kembali beberapa gambarnya sepanjang 12 tahun kerjayanya.

Khususnya, antara gambar yang dipaparkan adalah ketika dia sedang mempromosikan drama “Snowdrop”. Jelas lelaki itu,

Itu adalah foto-foto yang diambil semasa kami sedang bermain-main. Memandangkan sesi bergambar itu menyeronokkan, saya ingat bahawa kami meminta satu lagi pusingan untuk mengambil gambar. Kami mahukan lebih banyak lagi.

Kemudian, foto seterusnya ialah gambar Jung Hae-in memakai pakaian kasual sambil memegang senapang patah. Kongsinya mengenai siapa yang mengambil gambar itu,

Seingat saya, Ji-soo mengambil gambar itu dengan kamera filem. Dia pernah pergi sekeliling mengambil gambar semua orang di set penggambaran ‘Snowdrop’ dan mengambil ratusan gambar.

jung haein jisoo

Sambung Jung Hae-in lagi dengan turut meluahkan rasa syukurnya,

Dia menukarnya ke fail digital dan terus menghantarnya kepada setiap orang daripada kami. Sebenarnya, saya berasa sangat berterima kasih kepadanya untuk itu.

Patut la ramai sayangkan Ji-soo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...