Ikuti Kami:

Keserasian Jang Hyuk & Jang Nara Dipuji, Episod Awal ‘Family’ Raih Rating Baik

Keserasian Jang Hyuk & Jang Nara Dipuji, Episod Awal ‘Family’ Raih Rating Baik

Gandingan Jang Na-ra dan Jang Hyuk tak pernah mengecewakan!

Untuk pengetahuan, “Family” mengisahkan tentang suami ejen NIS yang menyamar sebagai pekerja pejabat biasa dan isteri yang manis namun kejam, juga mengimpikan keluarga yang sempurna.

Menurut Nielsen Korea, episod pertama “Family” berjaya meraih rating sebanyak 4.5% sebelum mencatatkan rekod stabil 4.1% untuk episod keduanya. Disebabkan oleh permulaan hebat ini, drama kekeluargaan ini berjaya menduduki tangga pertama dalam slot tayangan berkenaan.

Dalam dua episod ini, Oh Chun-ryeon (Chae Jung-an) mula memasuki kehidupan Kwon Do-hoon (Jang Hyuk) dan Kang Yu-ra (Jang Na-ra). Meskipun marah terhadap suaminya, wanita itu mencuba semampu mungkin bagi melindungi keluarganya.

tvn family

Menerusi tayangan awal ini, penonton dapat melihat harmoni yang manis antara pasangan itu di mana babak pengintipan membuatkan semua tak senang duduk manakala babak komedi yang bikin ketawa. Paling menarik perhatian ialah watak Kwon Do-hoon yang menjalani dua kehidupan di mana dia perlu bergilir-gilir menjadi seorang ejen gelap dan suami penyayang.

Komen pelbagai penonton, “Kombinasi Jang Hyuk dan Jang Na-ra memang legend!”, “Awak akan tertawa tak berhenti tanpa menyangka ianya sudah tamat” dan banyak lagi respon positif.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...