Ikuti Kami:

Keserasian Dipuji, Peminat Ingin Kim Sejeong & Cha Eunwoo Berlakon Dalam Siri Romantik

Keserasian Dipuji, Peminat Ingin Kim Sejeong & Cha Eunwoo Berlakon Dalam Siri Romantik

Korang nak tak lihat Kim Se-jeong dan Cha Eun-woo bergandingan dalam sebuah drama?

Terbaru pada 10 Ogos, Kim Se-jeong dan Cha Eun-woo telah bersama-sama menjadi MC di acara ‘Seoul Festa 2022’.

Untuk pengetahuan, ‘Seoul Festa’ ialah festival pelancongan global berskala besar pertama kerajaan Seoul, dan mereka memulakannya dengan konsert yang melibatkan kumpulan K-Pop hebat, termasuk LE SSERAFIM, NCT DREAM dan ramai lagi. Kim Se-jeong dan Cha Eun-woo telah menyertai sebagai hos untuk konsert pembukaan festival itu.

Khususnya, selepas melihat kedua pelakon dan idola itu mempunyai ‘chemistry’ hebat sebagai pengacara, ramai peminat berharap agar kedua mereka dapat membintangi drama romantik komedi bersama-sama. Tambahan sebelum ini, Kim Se-jeong juga pernah mendedahkan bahawa Cha Eun-woo merupakan salah seorang rakan baiknya.

cha eunwoo kim sejeong

Antara komen yang ditulis peminat:

Saya perlukan mereka berdua untuk membintangi drama yang sama dan saya mahu watak mereka menjadi huru-hara kerana saya fikir mereka akan lakukan yang terbaik 😆

 

Adakah ianya mustahil untuk meminta kedua-dua mereka menjadi teraju utama dalam drama Korea?

 

Kedua-duanya serasi.

Macam seronok je kalau dapat tengok dorang berlakon sekali.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...