Ikuti Kami:

Kes COVID-19 Kian Meruncing, Changmin TVXQ Tunda Perkahwinan Sebagai Langkah Keselamatan

Kes COVID-19 Kian Meruncing, Changmin TVXQ Tunda Perkahwinan Sebagai Langkah Keselamatan

Ingat tak Chang-min daripada kumpulan TVXQ telah mengumumkan berita gembira untuk menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihannya tak lama dulu? Dalam keseronokan ingin menyambut hari bermakna itu tapi nampaknya hasrat itu terpaksa ditangguhkan dahulu buat seketika waktu.

Pada 27 Ogos, SM Entertainment mengesahkan bahawa majlis perkahwinan Chang-min yang sepatutnya berlangsung pada 5 September nanti telah pun ditunda dek peningkatan kes COVID-19 ke paras yang membimbangkan.

Disebabkan oleh penularan wabak COVID-19, Chang-min telah menangguhkan perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada 5 September. Dia merancang untuk memilih tarikh baru selepas berbincang dengan tunang dan keluarga tunangnya.

changmin tvxq tunda perkahwinan

Bukan sahaja ahli TVXQ ini yang terjejas, malah pelakon Kang So-ra juga memilih untuk mengadakan majlis perkahwinannya dengan keluarga terdekat sahaja. Bahkan pelakon Ryu Deok-hwan turut membuat keputusan untuk menunda perkahwinannya yang dirancang pada Oktober ke tahun depan.

Harap kes COVID-19 bakal reda di Korea dalam masa terdekat ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...