Ikuti Kami:

Tahniah! Changmin TVXQ Umum Kahwin September Ini Bersama Kekasih Bukan Selebriti

Tahniah! Changmin TVXQ Umum Kahwin September Ini Bersama Kekasih Bukan Selebriti

Berita gembira untuk semua peminat kumpulan ‘lejen’ iaitu TVXQ, dikhabarkan salah seorang daripada ahlinya iaitu Changmin bakal manamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.

Lelaki kacak itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi surat yang ditulis sendiri kepada peminatnya.

Apa yang saya bakal tulis ini bukanlah sesuatu yang mudah, jadi saya berasa sangat gementar sambil saya menulis ini.

Seperti yang anda ketahui daripada laporan berita sebelum ini, saya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita. Kami mempunyai hubungan yang baik dengan kepercayaan dan kesetiaan antara satu sama lain, secara tak langsung saya membuat keputusan untuk meneruskan hidup dengan si dia. Jadi kami membuat keputusan untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada September ini semasa musim panas mula reda.

changmin kahwin september

Changmin juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Yun-ho kerana bersama dengannya dalam TVXQ selain bersyukur dengan sokongan kakitangan agensinya.

Saya akan berusaha keras sebagai ketua keluarga dan juga ahli TVXQ yang boleh memberi semula kepada semua yang menyokong dan mendorong saya.

Menurut agensi naungannya SM Entertainment, majlis bahagia itu akan berlangsung pada 5 September nanti namun perincian seperti lokasi spesifik dan masa akan dirahsiakan bagi menghormati keluarga teman wanitanya yang bukan daripada kalangan selebriti.

Tahniah sekali lagi buat Changmin dan Cassiopeia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...