Ikuti Kami:

Kerjasama Kali Ke-3, Jo Insung Dilapor Akan Terajui Filem Baru Arahan Pengarah ‘Smugglers’

Kerjasama Kali Ke-3, Jo Insung Dilapor Akan Terajui Filem Baru Arahan Pengarah ‘Smugglers’

Jo In-sung dikatakan bakal membintangi filem baru.

Pada 2 April, seorang wakil industri telah melaporkan bahawa Jo In-sung telah diberi tawaran untuk menjadi pelakon utama bagi filem arahan Ryu Seung-wan,”Humint”.

Selepas laporan itu dikeluarkan, syarikat produksi filem tersebut, Filmmaker R&K telah mengeluarkan kenyataan yang berkata,

Kami masih lagi sedang berbincang.

Malah, mereka turut menyatakan bahawa jika tiada apa-apa yang terjadi, Jo In-sung tetap menjadi pilihan utama mereka untuk filem ini. Ianya kerana pelakon itu telah meraih kepercayaan pengarah filem tersebut selepas mereka bekerja sama dalam 2 projek filem sebelum ini.

jo-insung-film

Jo In-sung sebelum ini telah membintangi 2 filem arahan Ryu Seung-wan iaitu “Escape from Mogadishu” dan “Smugglers”. Di mana, kedua-dua filem tersebut telah berjaya mendapat tontonan melebihi 3 juta selepas ditayangkan.

Selain itu, filem “Humint” ini dikatakan akan mengisahkan tentang 3 watak lelaki. Namun, plot serta jalan ceritanya masih lagi dirahsiakan sehingga kini.

Sehingga kini, agensi Jo In-sung masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan dari pihak mereka.

Mesti gempak!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   JTBC

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...