Ikuti Kami:

“Kerja Tetap Kerja” – Meski Putus Cinta, Ryu Junyeol & Han Sohee Kekal Bergandingan Dalam ‘Delusion’?

“Kerja Tetap Kerja” – Meski Putus Cinta, Ryu Junyeol & Han Sohee Kekal Bergandingan Dalam ‘Delusion’?

Adakah bekas kekasih, Ryu Jun-yeol dan Han So-hee akan tetap bergandingan dalam drama “Delusion”?

Dalam keadaan di mana pasangan tersebut memutuskan untuk berpisah setelah hanya dua minggu bercinta, drama itu yang sedang dalam peringkat perbincangan untuk mencari barisan pelakonnya juga berada dalam keadaan yang sukar.

Untuk pengetahuan, Ryu Jun-yeol dan Han So-hee sedang dalam pertimbangan untuk menerajui “Delusion” arahan pengarah Han Jae-rim. Ianya merupakan naskhah misteri thriller yang mengisahkan kisah seorang pelukis yang diberi tugas untuk melukis potret seorang pontianak yang memikat, berlatar belakang Seoul pada tahun 1935 dan Shanghai pada abad ke-19, berdasarkan webtoon dengan nama yang sama.

ryu junyeol han sohee

Meskipun terdapat jangkaan tinggi terhadap webtoon yang popular yang telah disirikan di Naver dari tahun 2019 hingga 2020, namun masih belum ada kata putus sama ada ia akan dihasilkan dalam bentuk filem atau drama.

Ryu Jun Yeol sebelum ini telah bekerjasama dengan pengarah Han Jae-rim dalam filem “The King” dan siri Netflix yang akan datang ‘The 8th Night’, manakala bagi Han So-hee, penglibatan dalam “Delusion” akan menjadi kerjasama pertamanya dengan pengarah berkenaan jika dia menerima tawaran itu.

Korang rasa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...